My Photo
Powered by Friendster Blogs

May 21, 2008

semester baru dah bermula..

arini dah masuk hampir 2 mggu stat kije..n semester baru ni, students nmpk lg berdisiplin.ehem!ni my first impression!

    memandangkan 4 org colliques dh tukar, so kitorg sem ni sumemcm crazy lecturers la..dpt byk kelas.i got 6.tu plng byk yg dberi.most of us got 6. n to make it really tiring, sume klas stat kol 8am except thursday..huhu.no more breakfast corner..arini (kamis) ada 5kelas. pg td dah sederet 3klas. tggl lg 2.this 2-4pm.hah.mmg letih.pk2 baik2 duk kuarters je.xpyh brulang dh.letih.lg pun dpt jg kbersihan kete..almaklum, aku sorg je yg kna jaga kete aku kan.pd org lain yg mnumpang, agaknya aku ni drebar taxi diorg naik je..lntakla apa nk jd ngn taxi jnji hajat diorg smpai.huhu mcm kcik ati je.. ah, izzati..sabar.pedulikan org.

   be focus. trus istiqamah dgn ayt2 cinta dari Allah, cvt, dan sgala cara prubtn.

                            

March 12, 2008

pindah umah baru..tp mcm xbest

masuk arini dah 2mggu aku pindah umah  sewa baru.xjauh dari umah lama. bbrapa lngkah je...umah tu ok.agak fully furnished. dapur, peti ais, washing machine, meja mkn..master bedroom lgkap ngn katil queen size, wardrobe n meja solek. so kira cuci kaki je la...

dulu aku, ana, n sorang lg hsmate mcm xcited nk pindah masuk umah tu. mana x nye...cuma tmbah rm50 kitorg leh ada plbagai kmudahan. kitorg wat kputusan tu pun dlm 1jm bncang je.hehe.

aku ngn ana xsure lg bl nk bli katil n tilam.tp kitorg bkn jnis perfecto sgt. cukup apa yg ada.so skrg aci landing atas toto je la dl.dlm bilik plng kcik..xpe la asal aku ngn ana bhgia .hehe. n i know she's there by my side.tq.

tp nape ntah mcm xbest... :( aku ngn ana sokmo lg suka stayback kat ofis...smpai ramai ofismates notice yg kitorng ni suka blk lmbat. agknye psl msg2 kaki intnet ni. suka buka sna cni..hehe.

lgpun meja aku ngn ana ni saling mngadap je. so bl ofis sunyi pun, xtrasa sgt psl aku nmpak dia n dia nmpak aku.hihi.. lgpun aku suspek dia psl dia brani.mna x nye.org ckp ofis ni ada 'mcm2'. Allah taala jua pemiliknya..

nape kitorg x enjoy umah baru tu ye?

ntahle..

susah nk ckp.

mgkin psl bz..

kje byk gak.

kiki.tgelak aku bl en hafiz tgur, 'u all suka duk ofis ye?'  kalau aku mmpu jwb, nk je ckp 'next time kami nk bw sleeping bag'. :)

mlm ni kitorg stayback lg.xtau bl lg nk blk.guard suh kua dlm kol 8.hehe. k la. mgrib dah agk jauh..

'allahuakbar...'

March 03, 2008

MENCIPTA SEJARAH MEMAHAT TAMADUN

MENCIPTA SEJARAH MEMAHAT TAMADUN

hari ini sejarah dicipta...

oleh mereka yang mencipta..

Terangnya`anu kini sejarah

sejarah citra bangsa

sejarah berubah-ubah

mana mungkin sama penciptanya

namun sama impaknya andai sama acuannya

kerna sejarah kita berubah

apakah sejarah itu sejarah Andalusia

atau mungkin sejarah Badar

mungkin juga sejarah merdeka

hari ini

bakal tinggal sejarah

apa yang dicipta?

bangunan cahaya?

atau mungkin layar pesona?

andai yang dicipta suapan candu duniawi,

maka hancurlah bangsa...

muda mudi hilang jati diri

gothik jadi fesyen terkini

duhai...buruk benar sejarah itu..

pahit benar sisa candu

yang menghulur candu

alpa balasan YANG SATU

kata si pembesar dari sempadan negeri

mereka memahat tamadun..

bangga sekali dabik dada

kembang hidung dipuji pembodek

apa yang dipahat?

pelayaran palsu penuh hawa nafsu?

angin monsun saksi bisu

kata wakil penerangan, betina gelandangan hidangan nafsu di kelab warisan.inikah warisannya? atau mungkin tersilap langkah, warisannya nanti si kecil xberdosa mangsa buas nafsu? pulau duyong menangis..kehormatan dirabak si laknat.mereka memahat lagi..

dipahat mereka masjid pelancongan

hijrah alasannya

pelancongan motifnya...

sogok menyogok undi

ditabur janji

akhirnya pembina-pembina bangunan anak negeri gigit jari

patrick lim jua kontrak dipatri

pahat lah lagi..

ai jelik skali

melihat pencipta sejarah

pemahat tamadun

geli hati

ku lihat mereka gila duniawi

gila biru

gila menimbang

andai kau mati

demi bangsa motifnya

biarlah..

andai kau mati ku kirim kapan biru juga nisan membiru

bawalah dikau ke alam sana

-jumpa dlm blog sape ntah.dia ckp bleh ulang siar.so i taruk la kat sini.katanya nk edit lg.ms tulis karya ni katanya sdg mnahan muntah melihat gelagat seorg ust wakil umno. kiki.

aku berkecuali

September 12, 2007

AH AKU BOSAN DGN UMNO

AH AKU BOSAN DENGAN UMNO.BOSAN.BOSAN.

PADA SIAPA HARUS KU LUAHKAN?

ARAH MANA?

KIRI?                                                                KANAN?

PUSING-PUSING

KUTEMUI LEMAH BANGSA

PENING-PENING

TERSEPAK BARUA AGAMA

AKU BOSAN

BOSAN

TUHAN, JAHILNYA AKU...

TUHAN, LORONGKAN AKU

PADA GOLONGAN MU

BIAR PAPA HINA

ASAL TEMPATKU DI SYURGA

PESONG JAUHKAN AKU

PADA MANUSIA ALPA

GILA RINGGIT HARTA

TETAPKAN BENCI HATIKU

PADA BAYANG IFRIT DUNIA

HAMAN, FIRAUN, NAMRUD SEGALA SANG KUASA HALOBA

AH AKU BOSAN

BOSAN

BOSAN DENGAN UMNO

BICARA LAGAK PENDEKAR  BANGSA

GAYA LAGAK ADI PERTIWI

BANGSA HINA DI BUMI SENDIRI

AKU BOSAN

BOSAN

PADA ADI ALAH BAYANG SENDIRI

ELERGI PADA SUARA MAKNAWI

HELAH BUSUK MAKAN DIRI

HEI MANUSIA CERMINLAH DIRI!

ESOK LUSA PASTI MATI!

August 05, 2007

masihkah dikau seperti dulu...

sahabat, apakah kau masih seperti dahulu...?

kalammu penuh tazkir,
mindamu sarat kalam Tuhan,
qalbumu penuh cinta Tuhan,
jasadmu hati-hati pada laku lupa Tuhan.

masihkah dikau seperti itu, sahabat?
satu hari, kalammu menyedarkan aku...
kawan biar berpada
kerana kawan kita bisa jadi alpa
kerana cinta kita bisa usir masa muda untuk amal
kerana kekasih kita mungkin lupa dosa
ku pegang tazkirmu...
buat bekal hari muka
terima kasih sahabat
kerana tazkirmu
aku bartaubat atas dosa...

July 18, 2007

transformers: cool!

last nite, i went to watch this movie. it was cool, awesome! there's no minutes without a heart pounding scene. believe me. it was actually the first time i went for any movies. i prefer vcd or dvd.yeah becoz the surrounding... but for this time, it was actually a movie pre-review that i had to do since my students are going top watch ni mybe this weekend.huh..i havent booked the tickets.hopefully they will give us dicounts!i cant wait to watch it again with the students.haha they muust be ready to answer few questions based on the movie.hey, i promise they cant missed any minutes without analyzing it.tell me why shud i bring them to the cinema for nothing? hope they will enjoy it but they will learn manythings after this movie review. trust me.

anyway, this worth-seeing movie was really interesting and last nite when searching for my kelisa around the parking lot, i was hoping that my kelisa was actually "Bumblebee-"!  =)

rabbit meat?

have u ever eat rabbit meat? some people cudnt take it ..oh yeah bcoz the "cat" like i guess. yesterday my fren from medic faculty gave me a kilo of rabbit meat. i ask for it actually. she is now doing her masters degree n also a research assistant. they are using rabbit in their rsearch. so after those rabbits kna smbelih, diorang bg je la kat sesapa yang nak. n my fren dah tahap tak lalu mkn n tgk those meats. u just imagine she has been bagi makan kat those rabbits everyday since last few months.

ok. then i took the rabbit meat to my sis's house at pj. kat my own umah sewa ramai sgt org so i was scared if i cudnt have enough to eat.hehe..n i was also geli geleman to cut it into pieces.so let the silat gayong's girl do it. hehe i bet she actually felt the geli geleman but she acted cool and steady.huhu as if i baru knl my sister baru sehari...dah lama dah...24 years -i've been watching her inner strength!

the rabbit meat that finally turned out to be sate arnab was soooo delicious. it was just the seasoning wasnt really 'kelantanese'.but shud be given credits la..hmm..after all,what's so special with daging arnab compared to ayam? i guess, the cat like. ;)

July 16, 2007

week of hardhips...

last week was among the critical week i ever had. sending all the teaching practice marks, dealing with lmpk people regarding to my health problem, peeling off my brain finding ideas in teaching,etc. tp yang plg mengharukan dan mncabar keimanan blaku on friday, the sayyidul ayyam. had to jemput kwn from putra bus station and i had no idea on how to get there except referring to signboards kat jln2.huh! just imagine, my fren smpai kat bus station at 5.30pm n i was still kat skolah till 7pm. 8pm baru btolak to the station, n wondering the right way there. from upm i took sg besi hiway(a fren told me so) so jalan n jalan n jalan lagi...xjmpa2 arah PWTC.lastly i managed to be there at 9.30! huhu one n a half hour...wasted kat atas jln je..n i was deadly tired!

luckily i know the rite way home..but my fren kept telling me all that she had i in her mind n heart. n i kept silent as i was too tired but i still pretending that i'm listening to her.hihi...bohong sunat kot..bleh kan? when we reached serdang n brenti dinner at kak yong restaurant. ms tgh mkn tu, ada lg sorang kwn sms me n mngadu masalah dia plak.so i tried to help. tp ntah mcm mna tb2 je tgh kt khusyuk lyn mslsh dia, dia plak 'lesap' dbuai mmpi. hi...i bet if dia kat dpan mata, i'l kick him!

n the most horrible thing happpen to me that nite. i wasnt sure what actually happen but i've lost my money after we left the restaurant.beratus la jugak..nak byr sewa umah, bills, servis kete dll..hmm...maybe not much for those yang kaya n bduit but for me yang masih tak keroje, yg masih blaja n xde loan, that was so...arrgghh! bak  kata polis yang amik my report, "kire sedekah jariah di hari jumaat la ye dik.." oh my! ye ke?

hwever, syukurlah..i xjadi gila coz lost the money. mgkin berkat doa dan solat hajat ibuabah n adik2 wat mlm tu. thanks Allah for giving me strength. awal2 tu tak leh time gak...byk tu..sedih ilang duit lagi.tp p[lg sedih n tak leh time is bl pk how it happened to me n how did i lost n totally 'lost'.mcm mmpi je..sedih jg bl mngaitkan mslh kesihatan ni yang sebabkn i get easily tired n usually had cronic fatigue, smpai tak ingat pape..uhhuhuhu.. :(  Allahuakbar.. lemahnya kita sebagai makhluk yang diciptakan. pesanan encik-encik polis tu jg mndamaikan.."jadikanlah pngajaran di masa dpn ye. sntiasa hati2."ye, insyaAllah aku akn lbh bhati2..

kata2 housemates baru ku sblm kluar rumah bgitu syahdu."kak ti byk betul diuji..mesti byk dosa dah trampun..".(they were so shocked to see my scar sebab laparotomy on 2005, n to found out that i have to undergo another operation next month.) thanks nor, tiqah.. ujian mmg byk n plbagai. lain org,lain style ujiannya. mgkinkah esok kita akan lbih baik dr hari ini?

July 06, 2007

ada gembira ada duka

kekadang tdk kita sedari nikmat yang Allah kurniakan adalah terlalu byk..tidak langsung terhitung.. forgive me my Lord..for i've always fggten that your love, your mercy is larger than anything..ever..Dear Lord..forgive me..the sins i cmmtted, i wrong i did, hope You love me.. there's no God BUT YOU, ALLAH... i accept this pain..even it's too painful, unbearable... but i know the truth.. have Your mercy upon me..i'm your slave..i've no power to overcome it..please Allah..please...strengthen my faith and keep me tight holding on your right path..show me the way out from all these pains...please answer me..accept me Allah...

Sirah:Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah

Sirah:Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah 

SULTAN Nuruddin Zenki yang tinggal di Mosul adalah pemerintah Islam yang banyak berjasa dalam Perang Salib.

Beliau memberi jalan kepada panglima Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang Salib hingga berjaya membebaskan Palestin daripada cengkaman tentera kafir.

Beliau adalah seorang yang beriman, warak dan adil. Beliau digelar Malikut Adil (raja yang adil) dan sering berdoa untuk rakyatnya supaya sejahtera.

Mengikut sirah, Nuruddin pernah bermimpi berjumpa Rasulullah dalam keadaan gembira. Penasihatnya memberi tafsir ia mungkin bermakna perjuangan kaum muslimin dalam jihad akan berhasil.

Namun, pada satu hari Baginda tidak seperti biasa kerana kelihatan risau dan seperti ada yang tidak kena. Ia berpunca daripada mimpi Nuruddin beberapa hari sebelum itu yang agak menakutkan dan sukar ditafsir.

Dalam mimpinya, beliau bertemu Rasulullah dalam keadaan muram. Baginda memegang tangannya sambil menunjukkan dua lelaki yang berada di depannya dan bersabda: “Kenalilah aku dan bebaskan aku daripada dua orang itu!”

Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua lelaki itu jelas seperti bukan mimpi.

Beliau yakin mimpi itu benar kerana Rasulullah pernah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu sedar kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku.”

Dia berkata, “ini tentu ada yang tidak kena atau ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam.”

Mimpi itu datang lagi seperti dulu. Nuruddin terkejut dan bangun berwuduk serta mendirikan solat tahajud. Dia berzikir dan kemudian tertidur dalam duduk serta bermimpi lagi buat kali ketiga.

Katanya, “perkara ini serius dan tidak boleh aku diamkan saja.”

Selepas subuh, Nuruddin memanggil menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly yang warak dan amanah serta menceritakan mimpinya.

Jamaluddin mendengar dengan serius. Kemudian dia berkata, “Ia memang mimpi yang benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah.”

Katanya, “mengikut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Nabi tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkannya.”

Nuruddin berkata, “Pendapat kamu betul. Sekarang ke mana dan bagaimana kita mahu mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?”

Jamaluddin berkata, “Bagaimana jika tuanku pergi ke Madinah terlebih dulu. Di sana tuanku berdoa di makam Rasulullah mohon petunjuk Allah. Mudah-mudahan tersingkap rahsia mimpi itu.”

Persediaan segera disiapkan dan Sultan Nuruddin berangkat bersama beberapa pegawainya ke Madinah. Namun, perasaan risau dan ngeri sentiasa menghantuinya.

Akhirnya, rombongannya sampai ke Madinah. Selepas bersuci, Nuruddin bersolat di masjid Quba dan menuju ke taman Raudhah yang menjadi tempat jenazah Rasulullah bersemadi.

Nuruddin mengangkat tangan dan memohon Allah memperlihatkan rahsia mimpi itu sebelum musuh melaksanakan niat jahat mereka. Dia begitu khusyuk hingga air matanya mengalir tanpa disedari.

Selepas berdoa, datang petunjuk daripada Allah seolah-olah beliau sudah menemui tafsir mimpi itu.

Beliau memanggil gabenor dan memerintahkannya memanggil semua penduduk Madinah dan sekitarnya berkumpul untuk bersalaman. Selepas berita itu disebarkan, semua rakyat datang.

Raja Nuruddin memandang rakyatnya sebagai penghormatan dan pada masa sama, mencari wajah yang menjadi buruannya. Namun, wajah itu tidak kelihatan.

Beliau risau dan bertanya sekali lagi kepada pegawainya. Tiba-tiba seorang berkata, “Betul tuanku, saya ingat masih ada dua kenamaan di Madinah yang tidak hadir, mungkin mereka tidak tahu ketibaan tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata, “Di manakah mereka berada dan siapakah mereka?”

Orang itu berkata, “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan hikmah yang sangat warak dan banyak ibadatnya. Sesiapa saja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa dan sedekah. Mereka juga dermawan dan banyak membantu orang miskin dan fakir.”

Raja Nuruddin tertarik dan ingin bertemu keduanya. Tidak lama kemudian, mereka datang dengan kepala tunduk dan tawaduk sementara mulut pula tidak henti berzikir kepada Allah.

Apabila kedua-duanya di depan Raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana itulah wajah yang muncul dalam mimpinya. Dia memandang mereka dan hairan kerana tidak menemui sebarang kecurigaan.

Mereka begitu khusyuk dan tawaduk, serbannya diikat mengikut sunnah Rasulullah dan adab mereka seperti orang alim serta tutur kata pula penuh hikmah berasaskan al-Quran dan hadis.

Namun, mengapa Rasulullah minta dibebaskan dan apa dosa dilakukan mereka? Raja Nuruddin hairan dan tidak tahu apa harus dibuat.

Di kediamannya, Raja Nuruddin bersolat dan berdoa meminta petunjuk lebih jelas daripada Allah. Lalu datang menterinya, Jamaluddin dan berkata, “Wahai tuanku, sudahkah tuan berjumpa dengan dua orang itu?”

Katanya, “Ya, sudah. Mereka adalah jemputan terakhir dan beta pasti itulah orang yang ditunjuk Rasulullah. Namun, beta tidak menemui apa yang mencurigakan. Akhlak, gerak geri dan tutur kata menggambarkan keperibadian Rasulullah.”

Jamaluddin berkata, “Tuanku, ketahuilah seseorang yang zahirnya baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Mungkin mereka berpura-pura supaya orang ramai tidak curiga padahal dia adalah musuh yang jahat.”

Raja Nuruddin berkata, “Betul katamu kerana memang ramai orang kafir berpura-pura Islam sedangkan tujuannya menghancurkan Islam dari dalam.”

Jamaluddin berkata, “Tuanku mesti membuat siasatan ke rumah orang itu secara sulit.”

Mereka berbincang cara untuk mendapatkan maklumat kedua lelaki itu. Akhirnya mereka mendapat ilham iaitu orang ramai dijemput ke rumah terbuka Raja Nuruddin.

Kedua orang itu diundang sebagai tetamu kehormat.

Raja Nuruddin pergi ke rumah orang itu dan memeriksa semua bahagian rumah, malangnya tidak berjumpa sebarang yang mencurigakan.

Almari mereka dipenuhi kitab agama, fekah dan tasauf serta keadaan rumah menggambarkan mereka pewaris Nabi.

Hati kecil raja bertanya, “Apa lagi yang harus aku syak? Kenapa Rasulullah meminta pertolongan supaya dibebaskan daripada mereka?”

Ketika melangkah keluar, datang ilham untuk melihat permaidani yang indah di sudut rumah. Beliau kagum dan membelek permaidani itu, namun terlihat sekeping papan di bawahnya.

Raja Nuruddin curiga lalu mengangkat papan itu perlahan-lahan. Di bawahnya, ada sebuah terowong bertangga. Dia meneliti arah terowong itu dan terkejut kerana ia menuju ke arah kubur Rasulullah.

Raja Nuruddin segera mengeluarkan arahan menangkap kedua orang itu.

Dengan terbongkarnya rahsia itu, yakinlah Raja Nuruddin pada mimpinya. Kedua-dua orang yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah.

Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah itu. Beberapa orang turun ke dalam terowong yang panjang dan mendapati ia sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah.

Orang ramai tidak sabar lalu memukul mereka dengan teruk sebelum dibawa ke muka pengadilan.

Di mahkamah, kedua-duanya berterus terang sudah tinggal di Madinah lebih setahun sebagai ejen Yahudi untuk mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya.

Apabila jasad Rasulullah berada di tangan mereka, dengan mudah mereka dapat merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.

Umat Islam di Madinah berasa tertipu dan akhirnya kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman mati.

Raja Nuruddin bersyukur kerana tugas itu berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya.

Beliau memerintahkan keempat penjuru kubur dipagar dengan konkrit hingga ke bawah tanah untuk mengelakkannya terjadi lagi. Sebelum berlepas dari Madinah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Kali ini, baginda merangkul leher beliau.

Apabila tiba masa meninggalkan Madinah, beliau memberi taklimat akhir kepada penduduk akan kejahatan dan dendam Yahudi terhadap Islam. Beliau kembali ke Mosul diiringi doa dan air mata rakyat.

Hari ini, Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka berjaya melagakan sesama Islam. Semoga kita semua mendapat kesedaran untuk menegakkan kembali Islam yang agung.

-ya Rasulullah...kami rindu padamu..